Saturday 26 November 2011

Ana Uhibbuka Fillah

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..


“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat:49)


Cukup cintai ia dalam diam…
bukan kerana membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia…tapi meraih syurga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan…
kerana hadirmu tidakkan mampu menjauhkannya dari cubaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan menambahkan kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan
kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan…
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…insyaallah.. ;)



 ‎"boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)"<<< sgt bermakna, T-T ampuni hambaMu ya ALLAH. sebab selalu ingkar perintahMU..ALLAH..ALLAH..ALLAH

Mencari Cinta Hakiki

Mencari Cinta Hakiki, Mendamba Redha Ilahi
Payah benar kurasakan,menelusuri Hari demi hari..
mencari cinta hakiki,yang mekar di hati insan.. bukan cinta nafsu namun cinta fitrah insani,yang disalurkan kpd jalan yg suci.. 
hanya satu cara..melalui satu ikatan yang suci,itulah Pernikahan abadi.. 
Kuingini cinta itu hanya d alam pernikahan..dan kuyakini, cinta setelah itu adalah cinta yg diredhaiNya..kerana itulah syariatNya yang MESTI kita ikuti demi meraih redha ilahi..

Allahu Rabbi..adakah aku dipandang mundur hanya kerana berpegang pada prinsip ini bertegas pd kaum adam agar iman mereka tak luntur dek kelembutan kaum hawa..Apakah ianya salah?
Mencari pasangan hidup..bagiku bukanlah semudah memetik jari..
apakah insan bernama wanita,perlu menggunakan semua wataknya untuk memaut hati lelaki??
Adakah itu jalannya bagi memudahkan cara?Sungguh pendapat itu tidak dapat kuterima!

wahai insan bernama wanita..
tetaplah teguh dirimu pada jalanNya memenuhi semua tuntutanNya memagar dirimu dengan malu dan taqwa usah terpesona dengan madah berbunga sang nafsu yg berpuaka kerana Allah dan Rasul ada janjinya buatmu muslimah yang memelihara diri jangan pernah dikau ragu!kerana janjiNya pasti BENAR!

allahu Rabbi..sabarkanlah hatiku, tabahkanlah jiwaku moga pendirianku tetap teguh padaMu sungguh ku mencari cinta hakiki dan Aku mendambakan Kasih dan RedhaMu Tuhan..Agar segalanya indah bersama Tuhan..Amin3 Ya Rabbal A'lamin...

Aku Cemburu

Aku Cemburu Ya Allah!

Di hening pagi,
Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
Ketika dedaunan masih basah disirami embun,
Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
Diriku hanya bertemankan sepi.

Aku melihat alam ciptaan Allah,
Langit yang membiru dan terbentang luas,
Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,
Aku tertunduk,
Tubir mata mula digenangi air jernih,
Aku hanyut dibawa bayangan minda.

Peristiwa-peristiwa semalam,
Seringkali menerjah minda,
Biarpun cuba dipadam dan dilupa,
Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
Pengalaman hidup jauh dari jalan redha-Nya,
Membuatkanku benar-benar derita,
Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.

Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yang melukai.

Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.

Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.

Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.

Hembusan bayu menyedarkanku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepada-Mu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin...




Permata yang dicari

Yang dicari, walau bukan putera raja, biarlah putera agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.

dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi, itulah ketentuan sejak azali..insyaallah.